The girl Post Them Love



//V-IOLOGY Atelophobia;

Beautiful liar


Instead of Talking, I'm gonna show you. Hi. "I'm tainting our memories that were beautiful"

Hello!

⊰HOVER ME!⊱
This was actually for cbox. But for some reason, I lost my cbox code*sobs* So instead of I leave It blank, I'll write a little bit about this blog. This blog is for me to share my story because I have no friends to share with. lol. And please no cursing, judging or anything negative. Ok bye enjoy. :)
I'm a little teapot short and stout.~ p/s: kalau nak dengar lagu sila tekan di bawah sebelah kanan anda :)
LOVE ME RIGHT.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

"Kawan"

Assalamualaikum. Hello.
Sebelum aku teruskan, aku nak cakaplah kan yang haritu kan aku ade cakap macam malas je nak tukar blog. So entah kenapa aku rasa mcam nak tukar so aku tukarlah. Maybe ni last kot aku tukar. And bias pun aku tukar. hehe sorry tao. Okay so kiranya semua yg aku rasa malas nak tukar, telahpun aku tukar. Okay back to the topik. Aku tulis entry kali  ni sebab aku nak kongsi cerita kepenatan aku bergelar kawan. Ada beza kawan, dengan kawan baik. Kawan ni, kenalan kau. Orang yg kau kenal gitu gitu je. Of course kita start berkawan sejak dari sekolah tadika lagi. Kawan, orang yang tak pernah suka duka dengan kau, hanya sekadar kawan tapi aku rasa lebih baik ber'kawan' daripada ber'kawan baik'. Sapa je yg tak pernah ada kawan baik. Semua orang ada termasuk aku. Pada mulanya, memang aku ada ramai kawan baik masa sekolah rendah. Tapi lepas naik sekolah menengah, masing-masing dah buat haluan sendiri. Contact pun tak. Adalah beberapa tapi tak sampai seminggu pastu lost contact balik. Baiknya kawan. Yelah semua dah hot stuff. Aku je sorang yg mereputsss.

So macam biasalah sekolah menengah mestilah ade kawan baru kan. Ada bestfriend baru. Mula-mula memang rapat macam belangkas. Tapi bila sorang dah cari lain, mereputss balik ah kau. Benda ni terjadi dekat aku masa form 2. Peh memang ah kan aku dengan dia memang macam belangkas, dimana ada dia disitu ade aku haa gitu. lol. Tapi everything change lepas dia ada kawan baik baru. Memang aku kena tinggal selalu ah kan takyah cakap ah. Aku pun sedihlah. sobs sobs. Aku cerita dekat seatmate aku. Pastu seatmate aku bgithu kat dia, eh mengamuk pulak 'kawan baik' aku tu. Aku pun nangis. hahaha merepek sia aku dulu. Okay naik form 3 ade kawan baik baru. taknak geng ngan dia lagi dah. Pe lagi dia cari lain aku pun cari ah baru. lol.



Lepas kejadian tu, aku cakap aku taknak ada bestfriend lagi dah. Tapi ntah macam mana aku ada bestfriend..lagi.. Friendship kiteorng last smpai awal tahun 2015. Okay ah tu kan. Tapi kali ni memang aku devastated gila. Yelah dah matang kononnya. Rasa sakit hati gila bila tengok dia rapat dengan orang lain. Ada jgak aku cerita dengan orang, tapi orang tu tak buat pape pun. Hmm okay. Makin hari makin dia tinggalkan aku, aku cakap dengan dia pun, dia tak pandang muka aku. Apatah lagi nak happy happy macam dulu. Apa korang rasa kawan korang yg korang sayang gila buat cmtu. Dia buat aku macam sampah. Bila dah takde kawan or susah baru cari aku. Kadang-kadang tu pun tak. Pehh rasa dia memanggg sakit gila nak mampus ! Almost everyday jgaklah aku nangis sebab minah tu. Dah macam kena rampas boyfriend pulak. Korang maybe akan cakap 'eleh kawan je pun tu pun nak nangis.' Yes true. Pada mulanya memang aku cmtu. Nangis, sedih, murung, tapi bila dah lama-lama baru aku terfikir, bodohnya aku nangis sebab kawan macam tu. Membazirkan airmata aku je nangis sebab minah tu, padahal dia takde effect pun. Peh lagilah.

Start dari aku haritu, aku cuba hilangkan rasa sedih aku tu. Mulanya memang lah fail. Tapi bila dah lama-lama pastu ditambah pulak aku tengok dieorng makin rapat, membuatkan aku jadi tawar hati. Aku dah tak kisah dah dengan semua ni. Aku cakap dengan diri aku, 'Sabar k, sikit je lagi.' So lama-lama aku dapat atasi semua benda ni walaupun kadang-kadang tengok dieorng, rasa sedih dan sakit tu datang balik tapi aku dapat tutup semua tu dengan distractkan diri aku dengan benda lain. Bila aku tengok friendship goals tu semua, memang teringin sangat nak buat macam tu dengan bestfriend aku. Aku redha je dengan semua ni. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni terjadi. Aku sebenarnya dah penat jadi kawan, penat jadi kawan yg baik. Sekarang sapa je yg tanya sapa bestfriend aku, aku jawab pen. hahaha hambar kan. Kadang-kadang memang ada rasa sunyi, sunyi sangat. Kawan baik kau yg selama ni ada dengan kau, ketawa sama-sama, gila sama-sama, sedih sama-sama hilang depan mata kau. Memang sunyi. Rasa kosong. I learned that sometimes when you loved someone, you had to let go and hoped that they may still come back to you. But I think, not this time. Panjang lebar aku tulis hahaha. Maaflah kalau buat kau penat membaca. Sekadar nak berkongsi pengalaman aku menjadi kawan. Ok bye. p/s: sorry kalau ade typo. kahkah.